Monday 26 November 2012

HAL EHWAL PELAJAR





  LAMAN RASMI HAL EHWAL PELAJAR UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
http://www.hep.unisel.edu.my/main/

Ehwal Pelajar UNISEL Kampus Shah Alam diketuai oleh Puan Noraisyah binti Md Idris.  Beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Pendaftar dan menguruskan segala hal-hal berkaitan dengan pelajar.  Seterusnya Puan Nurul Khaizan sebagai kaunseling, Encik Adzrin sebagai pegawai untuk unit aktiviti dan dibantu oleh Encik Azrol, Puan Nadia sebagai pegawai unit pinjaman seperti PTPTN, Zakat, Yayasan Selangor, MARA dan kediaman dibantu oleh Puan Dewi dan Encik Fikri, Encik Saiman sebagai penyelia disiplin dan tatatertib, Puan Alpisah sebagai 'incharge' untuk pelajar antarabangsa dibantu oleh Encik Azmeer, Cik Naz sebagai 'incharge' pentadbiran dan Encik Lokman sebagai pemandu di Pejabat HEP 

Friday 16 November 2012

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SHAH ALAM



MASJID NEGERI

masjid negeri selangor Darul Ehsan yang dinamakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kini menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama islam di negeri ini. Perasmiannya oleh sultan selangor Darul Ehsan pada 11 Mac 1988 bersamaan 23 Rejab 1408 hijrah.
Sebagai ketua agama Islam Negeri Selangor, baginda telah mengikuti tradisi yang diamalkan oleh pemimpin besar, Nabi Muhammad s.a.w.dengan membina sebuah masjid yang tidak ada tolok bandingnya di merata dunia.
Masjid ini adalah masjid terbesar kedua di Asia Tenggara setelah Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia.
Masjid Negeri yang baru terletak di bahagian utara tebing Tasik Shah Alam. Ia terletak di satu kawasan yang lebih tinggi daripada kawasan bandar, kawasan yang paling sesuai bagi sebuah bangunan penting dan penuh makna seperti masjid negeri. Sultan Salahuddin menitahkan masjid baru dibina untuk memuatkan kira-kira 20,000 jemaah, sejajar dengan ramalan perkembangan penduduk di Shah Alam iaitu kira-kira 250,000 orang menjelang tahun 2000.
Sultan Salahuddin juga bertitah bahawa rekabentuk dan seni binanya adalah tradisional. Bangunan masjid akan menjadi tanda mercu di pusat bandar itu.

TAMAN PERTANIAN BUKIT CAHAYA

Bukit Cahaya Seri Alam atau Taman Pertanian Bukit Cahaya terletak dalam negeri SelangorMalaysia. Ia dibuka pada 1986 dengan tujuan utama untuk mampamerkan kemajuan bidang pertanian dan perhutanan di Malaysia. Kecantikan dan keunikan taman ini telah mendorong kementerian untuk membuka taman ini kepada orang awam. Antara kemudahan yang disediakan ialah perkhidmatan bas, basikal sewa, kereta kuda, jungle trekking, kedai makan, kawasan perkhemahan dan chalet. Ia dibuka dari hari Selasa hingga Ahad dan setiap hari cuti umum dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

i-city

I-City atau I-City Selangor (dahulunya dikenali sebagai Bandar Sumur) ialah sebuah perbandaran baru yang terletak di dalam kawasan Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Lebih tepat lagi pekan baru ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam berdekatan Sungai Rasau yang terletak di antara Bandar Baru Klang, Klang dan Shah Alam. Jaringan jalan raya dari/ke I-City dihubungkan ke Lebuhraya Persekutuan.
Pekan baru ini dahulunya merupakan tapak bagi pusat pameran "Pengembaraan Angkasa Lepas Bandar Sumur" (bahasa Inggeris: Sumur City Aerospace Adventure) yang berlangsung pada tahun 1995. Kini, pekan ini dipenuhi pokok-pokok tiruan yang dipasang lampu berwarna-warni.


WET WORLD
Taman tema rekreasi pertama di Shah Alam, Wet World sangat sesuai untuk seisi keluarga bersantai di tengah Bandar Anggerik yang permai ini. Wet World yang penuh warna-warni terletak di pinggir Tasik Shah Alam dibuka pada tahun 1995. Berbagai-bagai permainan seperti gelongsor air berbukit atau "monsoon buster" yang terpanjang di dunia dan pertama terdapat di rantau Asia.


MUZIUM SHAH ALAM

Muzium Sultan Alam Shah atau juga dikenali sebagai Muzium Shah Alam terletak di bandar Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Bangunan muzium ini dibina mengikut seni bina moden, bersebelahan Perpustakaan Shah Alam, di tepi Tasik Shah Alam.
Pelbagai artifak dan bahan-bahan bersejarah dipamerkan mengikut zaman pra sejarah, selepas kemerdekaan dan zaman darurat.
'Bot Jenderam ' yang ditemui di Kampung Jenderam Hilir, Sepang turut dipamerkan di sini.


TAMAN SENI ISLAM

Merupakan pusat pengembangan seni Islam yang dijadikan sebagai pusat penjanaan berlandaskan nilai-nilai ajaran al-Quran